Webmail Puncak-Alam.net adalah perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Sistem e-mel ini menggunakan platform yang sama digunakan oleh penyedia perkhidmatan webmail percuma iaitu GMAIL. Aplikasi ini disediakan oleh GOOGLE INC. melalui perisian penyelesaian aplikasi web yang dikenali sebagai GOOGLE APPS.
Susunatur, fungsi dan penggunaan sistem e-mel ini adalah serupa dengan apa yang digunakan oleh pengguna GMAIL. Saiz storan yang diberikan kepada setiap pengguna juga adalah besar, dan pada ketika artikel ini ditulis, saiz storan yang ditawarkan adalah lebih daripada 7GB.
Warga Bandar Puncak Alam yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda boleh e-mel butiran di bawah kepada admin (at) puncak-alam.net,
Pihak Pentadbir Laman akan membuat penetapan e-mel percuma anda, dan anda akan dapat menggunakan perkhidmatan ini dalam masa 24 jam selepas permohonan dibuat.
Pautan kekal untuk perkhidmatan webmail ini adalah webmail.puncak-alam.net .