Tapir

Tapir

Diantara salah satu faktor Bandar Puncak Alam dikenali adalah berkaitan tapir. Tapir atau haiwan yang dikenali sebagai tenuk di kalangan masyarakat Melayumerupakan haiwan yang mendiami kawasan di sekitar pembangunan Bandar Puncak Alam khususnya di Empangan Subang dan Hutan Simpan Bukit Cherakah.

Dengan pembinaan Lebuhraya Puncak Alam (Lebuhraya Shah Alam-Batu Arang), laluan migrasi tapir di antara Empangan Subang dan Hutan Simpan Bukit Cherakah telah dirintangi oleh jalanraya yang sibuk dilalui oleh warga Bandar Puncak Alam dan penduduk di kawasan sekitarnya. Tidak hairanlah, laluan lebuhraya ini adalah satu-satu terdapatnya papan tanda seperti di bawah ini.

Kesan daripada pembinaan lebuhraya ini yang bertindih dengan laluan tapir ini, mengakibatkan banyak haiwan ini menjadi korban kemalangan dengan kenderaan yang melalui kawasan ini. Setakat ini, 6 kematian tapir telah direkodkan semenjak Lebuhraya Puncak Alam dibuka kepada trafik.

Pautan berikut merupakan keratan akhbar berkaitan tapir di kawasan Bandar Puncak Alam.

 

Title Filter     Display # 
# Article Title Hits
1 New home awaits Bukit Cerakah tapirs 28
2 First Captive Breeding Programme for Tapirs 271
3 Saving Tapirs From Turning into Road-Kill 209
4 Another tapir killed on highway 199
5 Relocating Endangered Tapir 183
6 Tapir Bukit Cherakah mati lagi 305
 
Banner
Banner
Banner