Sekapur Sirih Arkib Maklumbalas Penduduk Segerakan pembukaan jalan raya Shah Alam-Batu Arang

Segerakan pembukaan jalan raya Shah Alam-Batu Arang


Sumber : Utusan Malaysia 14.01.2003

Saudara Pengarang,

SEBAGAI penduduk kawasan perumahan baru di Puncak Alam, saya memohon JKR Negeri Selangor menyegerakan pembukaan jalan raya Shah Alam-Batu Arang.

Sudah beberapa kali saya bertanyakan hal ini kepada pemaju perumahan Puncak Alam, tetapi mereka sendiri tidak mengetahui kedudukan jalan tersebut.

Saya percaya ramai penduduk di Puncak Alam menghadapi masalah untuk keluar ke tempat kerja dari rumah mereka kerana kami sekarang masih menggunakan Jalan Sungai Buloh yang sesak dan penuh dengan kenderaan berat seperti lori.

Saya berharap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dapat mengatasi masalah ini dengan segera. - PENDUDUK BERHARAP.
 
Banner
Banner
Banner