Komentar Shah Alam, Bandar Shah Alam 2, Makin Hebat

Shah Alam, Bandar Shah Alam 2, Makin Hebat

dipetik daripada www.drumah.com

Hari sabtu lepas saya berpeluang untuk melawat beberapa lagi lokasi hartanah utama di sekitar lembah kelang. Maklum saja waktu-waktu cuti macam ini baru la ada masa buat review pasal projek-projek menarik disekitar lembah kelang.

Kali ini saya tak keseorangan… ada bawak body-guard yang follow. ;D.

Saya, Isaac, dan Grace “business partner baru” memulakan perjalanan ke saujana Impian, kajang. Selepas kena ABC, kami bergerak ke sg. buloh melawat tapak lokasi projek SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad), dan lepas tu terus kami “shoot!” ke puncak alam melawat projek Shah Alam 2.

Didalam tiga projek yang saya lawati itu, saya tertarik dengan projek dari IJM land ini. Shah Alam 2. Projek ni boleh dikatakan satu bandar baru, dari sg. buloh rasanya mengambil masa hanya 15 minit untuk sampai kesini. Bandar baru yang pesat membangun ini rasanya berumur 10 tahun hingga 15 tahun… mungkin sangat-sangat baru, dan sebenarnya masih banyak lagi yang mampu dilakukan oleh pamaju dengan keluasan projek yang sangat-sangat luas ini. “Huge potential!”.

Mungkin faktor lokasi yang keluar sedikit dari pusat bandar dan berhampiran dengan kawasan industri guthrie menjadikan Shah alam 2 pilihan utama disana. Selain itu, Shah alam 2 menjanjikan ketenangan dan tiada kehidupan yang sibuk disini pada mereka yang merancang menghabiskan usia persaraan tetapi tidak berapa jauh dari bandar memang suasana disini sesuai untuk anda.

Sekali pandang memang kita dapat lihat tiada apa beza bandar ini berbanding 7 tahun dahulu, tetapi! rupa-rupanya banyak projek-projek perumahan baru jika anda masuk kedalam sedikit. Makin hebat! itu yang boleh saya katakan… ditambah lagi dengan latar belakang pemaju yang sangat-sangat “famous” projek ini lebih meyakinkan.

Secara peribadi projek Shah alam 2 ini agak sesuai untuk mereka yang ingin membuat pelaburan. Budget? pada mereka yang memiliki badget bermula dari RM230 ribu, disini lah lokasi yang strategik untuk dilaburkan. Dimana lagi anda ingin mendapatkan rumah bertanah dengan harga tersebut?

Tak cukup? Bukan itu sahaja… Shah alam 2 dari IJM land ini menawarkan beberapa pakej mudah milik menarik seperti;

1. 0% kadar faedah semasa pembinaan
2. 6 bulan cuti bayaran bulanan
3. Yuran guaman percuma
4. Skim bayaran mudah
5. Rebat tunai sehingga 8%.

Anda boleh memilih beberapa rangkaian rumah menarik dari rumah berkembar serendah RM263 ribu, rumah teres 2 tingkat dengan harga “super” rendah RM240 ribu sahaja! bagi saya memang harga disana cukup rendah. Jadi, jika anda tercari-cari projek menarik disekitar shah alam, cuba anda pergi ke Shah Alam 2, “compare” dan buat keputusan dengan bijak.

Oh! tidak lupa juga “design” rumah disini cantik-cantik. Datang dan lihat sendiri wajah baru Shah alam 2.

Jika ada sesiapa yang berminat boleh hubungi;

 

Bahagian Pemasaran & Hartanah Shah Alam 2
012-3360691 – En Subri

 
Banner
Banner
Banner