Komentar Kemusnahan Flora dan Fauna di Puncak Alam

Kemusnahan Flora dan Fauna di Puncak Alam

Dipetik daripada kakipancing.net, hasil nukilan pelesit?desa

Nak berkongsi sedikit tentang kemusnahan yang berlaku di Puncak Alam. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang mengangap isu ini sudah lapuk atau basi. Apapun jua tanggapan kita kemusnahan tetap telah terjadi. 10 tahun dulu kawasan ini memang kaya dengan khazah rimbanya. Sehingga wujudnya taman bukit cerakah (pada ketika itu).


Apabila melalui jalan utama di Puncak Alam menuju ke meru atau ke bt arang, ada masanya teringat kisah lama yang mana dulunya hutan ini ada tempat aku menuntut ilmu memancing dan berburu dengan arwah atuk aku. Ada masanya mod aku yang baik tiba2 bertukar marah apabila melihat pelbagai jenis rumah dari kos rendah hingga yang nilainya mencecah jutaan ringgit tumbuh bagaikan cendawan yang tumbuh pada waktu pagi.

Sebagaimana semua sedia maklum, pada suatu ketika kecoh di media massa tentang kerosakan yang telah terjadi sehinggakan orang no 1 kita turun sendiri melihat kemusnahan yang telah berlaku, banyak syarikat2 yang telah diheret ke mahkamah kerana mengabaikan kebajikan alam sekitar. Walau apapun jua jenis tindakan yang dilakkukan kemusnahan tetap telah berlaku.

Jika diperhatikan dengan teliti, sudah tiada lagi papan tanda menunjukkan gambar tapir disitu. Jika pergi kesungai-sungainya tiada lagi dapat dilihat kocakan sebarau, kelah dan sebagainya. Sungai-sungainya menjadi keroh bak air teh tarik, yang mana dulunya lebih jernih daripada air paip dirumah kita.

Musibah daripada penerokaan hutan secara besar-besaran dan tidak dikawal selia dengan baik telah pun terbentang di depan mata. Kawasan kampung yang dulunya tidak pernah banjir sekarang penduduknya duduk dalam kebimbangan apabila hujan lebat. Kawasan tadahan air (dekat tempat antatuya kena bom) airnya semakin keroh dan berkeladak.

Apabila melihat kemusnahan sebegini kadang2 aku bertanya kepada diri sendiri, apa yang kau telah buat untuk menghalang perkara-perkara sebegini daripada berlaku. Setelah penat berfikir dan bertanya dengan diri sendiri takde satu jawapan pun yang diperolehi, akhirnya baru aku sedar yang rupa-rupanya aku tidak membuat apa2. Jadi saya ingin menyeru kepada rakan-rakan sakalian agar buatlah sesuatu jika perkara-perkara sebegini berkaku dikawasan anda. Jangan sampai masa, bila kemusnahaan terjadi baru kita hendak bertindak.

Bak perpatah melayu : Mencegah lebih baik daripada mengubati...

 
Banner
Banner
Banner