Perpustakaan Desa adalah sebuah perpustakaan kecil di bawah kelolaan Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan kerajaan negeri. Perpustakaan ini ditubuhkan untuk memberi kemudahan pembacaan kepada masyarakat setempat.
Perpustakaan ini hanya menerima bahan-bahan perpustakaan yang telah siap diproses tanpa sebarang kerja-kerja perolehan atau pemprosesan koleksi bahan dilakukan. Bahan-bahan yang disediakan boleh dipinjam oleh pengguna.
Perpustakaan Desa Puncak Alam telah mula beroperasi pada pertengahan tahun 2008 dan dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah, Pn. Rohaida Abdul Kadir pada 27 Ogos 2008.Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Desa Puncak Alam adalah,
| | ||
Lokasi :
PT1562, Lorong Mahkota Impian 2/17,
Seksyen 2, 42300 Bandar Puncak Alam
Hubungi Pn Kamisah Abd Latiff di talian 014-2237268 untuk sebarang pertanyaan.
Waktu Perkhidmatan :
| HARI | MASA |
| Isnin (M1,M3,M5), Selasa - Jumaat | 9.00 pagi - 6.00 petang |
| Sabtu (M2, M4) | 9.00 pagi - 5.30 petang |
Tutup pada hari Ahad dan Kelepasan Am. Perpustakaan ini juga akan ditutup pada hari Isnin sekiranya beroperasi pada hari Sabtu sebelumnya.