
Klinik Desa Puncak Alam telah memulakan operasinya di Bandar Puncak Alam pada tahun 2003. Pada asalnya, klinik ini beroperasi di Balai Masyarakat Felda Bukit Cerakah secara separuh masa sebelum dipindahkan operasi sepenuh masanya ke Bandar Puncak Alam.
Dengan tenaga kerja seramai 7 orang yang terdiri daripada 6 orang Jururawat Masyarakat dan seorang Staf Nurse, klinik ini memberikan perkhidmatan khusus kepada ibu-ibu mengandung dan rawatan susulan kanak-kanak. Selain itu, klinik ini juga turut menyediakan perkhidmatan imunisasi wajib kepada kanak-kanak, rawatan perancang keluarga dan pemeriksaan pap smear.
Lokasi Klinik :
No. 89, Lorong Naluri Sukma 8/14, Seksyen 8,
42300 Bandar Puncak Alam.
No. Telefon - 03-33927524
Waktu Perkhidmatan :
| HARI | WAKTU | PERKHIDMATAN |
| Isnin | 8 pg - 1 tgh | Rawatan susulan kanak-kanak |
| Selasa | 8 pg - 5 ptg | Pemeriksaan ibu mengandung |
| Rabu | 8 pg - 1 tgh | Pemeriksaan doktor bagi ibu mengandung |
| 2 ptg - 5 ptg | Klinik Perancang Keluarga | |
| Khamis | 8 pg - 5 ptg | Rawatan susulan kanak-kanak |
| Jumaat | tutup | Lawatan ke rumah untuk ibu lepas bersalin |