
Koperasi Puncak Alam Selangor Berhad atau KOPAS adalah sebuah koperasi yang ditubuhkan melalui satu mesyuarat agong oleh ahli-ahli pengasasnya pada 10 November 2007. Koperasi ini telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada
22 September 2008 di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 dengan bilangan daftar
B-4-0507.
Matlamat penubuhan KOPAS ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi, khususnya di dalam kawasan operasinya iaitu di
Bandar Puncak Alam dan Shah Alam. Fungsi utama KOPAS adalah perkhidmatan di mana di bawah undang-undang kecilnya, menjalankan aktiviti-aktiviti antara lain seperti,
a. menyediakan sewaan kelengkapan bagi sesuatu majlis
b. menyediakan perkhidmatan IT
c. menyediakan perkhidmatan mencuci kereta
d. menyediakan perkhidmatan kesihatan
dan lain-lain aktiviti lain tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan dan melalui kelulusan mesyuarat agong.
Keanggotaan KOPAS terbuka kepada
penduduk di Bandar Puncak Alam dan Shah Alam.
Fi masuk (yuran keahlian) untuk permohonan keanggotaan adalah sebanyak
RM 25.00, manakala bayaran syer koperasi adalah sebanyak
RM 100.00.
KOPAS didaftarkan dan beroperasi di alamat berikut,
No. 45-2, Jalan Az-Zaharah B10/B
Seksyen 10 (Shah Alam 2)
42300 Bandar Puncak Alam
Selangor
Hubungi ahli-ahli lembaga pengarah KOPAS berikut untuk keterangan lanjut.
1. Mohd Rosli bin Majid - 012-2830978/012-9027820
2. Mohd Fadzali bin Abd Jabar - 012-2093424
3. Md. Zaidi bin Mohd Baki - 017-3326672
4. Mahad Zam bin Hj. Abdullah - 019-2726161
5. Mohd Soufi bin Johar - 03-33932710
6. Zailani bin Mohd Nor - 03-58915152