Koperasi Puncak Alam Selangor Berhad![]() Koperasi Puncak Alam Selangor Berhad atau KOPAS adalah sebuah koperasi yang ditubuhkan melalui satu mesyuarat agong oleh ahli-ahli pengasasnya pada 10 November 2007. Koperasi ini telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 22 September 2008 di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 dengan bilangan daftar B-4-0507. Matlamat penubuhan KOPAS ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi, khususnya di dalam kawasan operasinya iaitu di Bandar Puncak Alam dan Shah Alam. Fungsi utama KOPAS adalah perkhidmatan di mana di bawah undang-undang kecilnya, menjalankan aktiviti-aktiviti antara lain seperti, a. menyediakan sewaan kelengkapan bagi sesuatu majlisdan lain-lain aktiviti lain tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan dan melalui kelulusan mesyuarat agong. Keanggotaan KOPAS terbuka kepada penduduk di Bandar Puncak Alam dan Shah Alam. Fi masuk (yuran keahlian) untuk permohonan keanggotaan adalah sebanyak RM 25.00, manakala bayaran syer koperasi adalah sebanyak RM 100.00. KOPAS didaftarkan dan beroperasi di alamat berikut, No. 45-2, Jalan Az-Zaharah B10/B Hubungi ahli-ahli lembaga pengarah KOPAS berikut untuk keterangan lanjut. 1. Mohd Rosli bin Majid - 012-2830978/012-9027820 |
|
|