Solat Jumaat di Surau Al-Furqan, Fasa 2Sumber - www.kejiranan2b6.net Menurut sumber daripada Surau Al-Furqan, Fasa 2, Bandar Puncak Alam, bahawa surau tersebut telah mendapat tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor untuk melaksanakan Solat Jumaat. Untuk makluman, solat Jumaat ini akan dimulakan pada 12 September 2008 bersamaan 12 Ramadhan 1429H. Diharap, dengan pelaksanaan solat Jumaat di Surau Al-Furqan dapat mengurangkan kesesakan di surau Fasa 3. |
Pembukaan Medan Selera di Bandar Puncak AlamMedan Selera yang terletak bersebelahan Stesen Minyak Petronas berhadapan dengan Lavender Ville, telah mula dibuka mulai minggu ini. Menurut sumber yang diperolehi daripada PPPAF2@blogspot, seramai 9 orang peniaga telah menerima kunci gerai masing-masing yang telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2, Tuan Hj Ahmad Zawawi Bin Ismail baru-baru ini. Majlis penyerahan kunci berlangsung di Balai Masyarakat Fasa 2 Puncak Alam. SK Puncak Alam 2 Raikan Kecemerlangan
Menurut Guru besar sekolah tersebut, Muhammed Adzhar Alias, pencapaian tersebut amat membanggakan sekolah warga sekolah dan ibu bapa terutama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pihak sekolah.
|