Tempatan Berita Tempatan 2010 Rompakan : Penduduk Kesal Dengan Respon Polis SU ?

Rompakan : Penduduk Kesal Dengan Respon Polis SU ?


Sumber : saujanautama.net - Satu kejadian rompakan dan samun telah berlaku di sebuah rumah di Jalan Lili 5 kira-kira jam 10.00 malam, 4 Mac 2010. Seorang ibu berbangsa India bersama anaknya yang sedang membuka pintu pagar rumahnya menjadi mangsa rompakan oleh 4 lelaki yang menaiki kereta MPV jenis Avanza.

Perompak yang juga dikatakan berbangsa India, menggunakan parang dan berjaya melarikan kereta Myvi mangsa bersama barangan kemas. Menurut maklumat tidak rasmi, kereta Avanza yang digunakan oleh perompak tersebut juga merupakan kenderaan yang di curi di Damansara pada pagi yang sama.

Namun apa yang mendukacitakan menurut jiran mangsa rompakan ialah layanan dan respon yang diberikan oleh Balai Polis Saujana Utama yang dihubungi ketika perompak tersebut masih berada di hadapan rumah mangsa tersebut. Katanya pihak polis hanya menjawab, ‘dah banyak kes macam ini, lepas ini suruh saja diorang datang balai buat report'. Bagaimanakah perasaan dan persepsi anda ?