PUNCAK ALAM : 11.03.2010 - Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA) mencatatkan peratusan kelulusan 98.2% dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang telah diumumkan pagi ini, yang merupakan peningkatan berbanding tahun 2008 iaitu 98.2%.
Untuk rekod, SMKPA mencatatkan peratus kelulusan 97.4%, 97.4% dan 96.5% masing-masing pada tahun 2007, 2006 dan 2005.
Menurut Pn. Liza Mohd Nor yang merupakan Setiausaha Peperiksaan SPM SMKPA, seramai 223 calon telah mengambil peperiksaan SPM pada tahun lalu, berbanding hanya 165 calon pada tahun 2008.
Tambah beliau lagi seorang calon berjaya memperolehi 12A sementara 11A 2 calon dan 10A seorang.
Adik Nadia Ezana binti Noor Eddie Putra diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan SPM 2009 setelah memperolehi A dalam kesemua 12 mata pelajaran yang diambil.