Tempatan Berita Tempatan 2009 Savvy Terbabas di Persiaran Puncak Alam 3

Savvy Terbabas di Persiaran Puncak Alam 3

Savvy KemalanganPUNCAK ALAM : 25.02.2009 - Sebuah kereta Proton Savvy mengalami satu kemalangan selepas selekoh pertama Persiaran Puncak Alam 3 menuju masuk ke Bandar Puncak Alam pagi ini.

Kereta tersebut terbabas selepas dikatakan dihimpit oleh sebuah kereta Perodua Kancil yang dipandu oleh seorang lelaki semasa menghampiri selekoh tersebut. Kereta Perodua Kancil tersebut terus menghilangkan diri selepas kejadian yang berlaku dalam keadaan hujan renyai..

Menurut mangsa, seorang penduduk yang tinggal di Fasa 3 yang tidak ingin dikenali, kereta tersebut telah memotong barisan semasa masuk ke simpang Bandar Puncak Alam, Walau bagaimanapun kereta mangsa terlebih dahulu masuk ke jalan persimpangan tersebut dan berada di sebelah kanan lorong.

"(Kereta Perodua) Kancil tersebut yang semasa itu yang berada di belakang saya memberi isyarat lampu, lalu saya memberi isyarat masuk ke (lorong) kiri. Belum sempat saya bertukar lorong, (Kereta Perodua) Kancil tersebut memotong (kenderaan) saya di sebelah kiri (lorong), sebelum selekoh" jelas beliau kepada wakil PAnet di lokasi kejadian.

Selekoh Savvy Kemalangan Savvy Kemalangan 2

"Kemudian (kereta Perodua) Kancil tersebut menghimpit laluan saya menyebabkan saya hilang kawalan" tambah mangsa lagi yang memandu bersama isterinya dalam perjalanan pulang menghantar kakak iparnya ke Subang. Mangsa bagaimanapun tidak dapat mengecam warna dan nombor pendaftaran kereta Perodua Kancil tersebut akibat terkejut.

Kejadian yang berlaku pada jam 10.10 pagi itu mengakibatkan kereta mangsa terbabas ke kiri jalan lalu melanggar pokok sebelum terhenti di besi penghadang longkang.

Berikutan kemalangan tersebut kereta mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang akibat kesan hentaman pada pokok. Namun mangsa dan isteri tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius, namun isteri mangsa kelihatan trauma dan bingung.

Saksi kejadian diminta tampil membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama di talian 03-60382222.

Tinjauan PAnet turut mendapati, banyak kenderaan dipandu dengan agak laju di jalan tersebut. Berikutan permukaan jalan yang kurang rata dan ditambah dengan hari hujan itu menambahkan lagi kemungkinan berlakunya kemalangan.

Sebelum ini, banyak kemalangan yang berlaku di laluan tersebut dan kebanyakannya berlaku atas faktor cara pemanduan. Untuk rekod, jalan tersebut pernah memiliki bonggol. Walau bagaimanapun, berikutan aduan daripada penduduk, pihak Puncak Alam Housing Sdn Bhd telah meratakan bonggol di sepanjang jalan tersebut.

Penduduk diminta berhati-hati dan lebih bertimbangrasa apabila memandu, terutama setelah memasuki laluan dalam kawasan perumahan Bandar Puncak Alam. Kurangkan kelajuan pemanduan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

 

Editor PAnet : Berita ini juga telah disiarkan di laman web Sinar Harian di bahagian Suara Anda