Tempatan Berita Tempatan 2009 Penduduk Puncak Alam Tubuhkan Pusat Operasi RT

Penduduk Puncak Alam Tubuhkan Pusat Operasi RT

Sumber : Kosmo 21.01.2009 - SEPAKAT. Penduduk Bandar Puncak Alam (BPA) Fasa 2, Seksyen U10, Shah Alam sepakat menubuhkan Pusat Operasi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di kawasan itu bagi memudahkan penduduk untuk berkumpul bagi membincangkan masalah setempat.

Pengerusi KRT BPA Fasa 2, Liew Khim Boon berkata, melalui pusat operasi itu, kira-kira 6,000 penduduk di situ boleh menjalankan mesyuarat dan mengadakan perbincangan mengenai aktiviti setempat.

Perasmian pusat operasi tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Selangor, Rohaida Abdul Kadir dalam satu majlis ringkas kelmarin.

Editor : Info tentang Bandar Puncak Alam terletak di Seksyen U10, Shah Alam adalah tidak tepat.