Tempatan Berita Tempatan 2009 Orientasi Tahun 1 sesi 2009 meriah

Orientasi Tahun 1 sesi 2009 meriah

Sumber : www.pss-skpa2.net - 01/01/2009 - SKPA2 telah mengadakan majlis orientasi untuk murid tahun 1 pada pagi tahun baru 2009. Hampir setiap ruang di sekolah di penuhi oleh ibubapa yang menghantar anak-anak mereka.

Majlis diseri lagi dengan kehadiran Guru Besar SKPA2 Tuan Hj Muhammed Adzhar Hj Alias bersama GPK1, Guru HEM, Guru Ko-Kurikulum dan Penyelia Petang.

SKPA2 juga adalah salah satu sekolah dalam Daerah Kuala Selangor yang mempunyai murid seramai 2756 orang. Di mana murid di tahun 1 sahaja, kelasnya berjumlah 13 kelas; secara puratanya setiap kelas seramai 41 orang.

Majlis selesai lebih kurang pukul 1:00 ptg.