Tempatan Berita Tempatan 2009 Nama Puncak Alam Dicemar Lagi

Nama Puncak Alam Dicemar Lagi

Article Index
Nama Puncak Alam Dicemar Lagi
Ahli 'Geng Roy' mati ditembak - Sinar Harian
Geng Roy tersungkur - Harian Metro
Ketua Geng Roy mati ditembak - Kosmo
All Pages

Geng Roy di Buletin Utama TV3

PUNCAK ALAM : 22 Ogos 2009
- Sebuah stesen televisyen tempatan semalam telah memberikan satu laporan kurang tepat yang mengaitkan nama Bandar Puncak Alam dengan satu lagi kejadian jenayah berprofil tinggi.

TV3 melalui laporan berita Buletin Utama semalam melaporkan kejayaan polis menumpaskan satu kumpulan samun dan pecah rumah di Kayangan Heights, Seksyen U9, Shah Alam semalam (video berita di sini).

Walau bagaimanapun, laporan berita itu menyebut penjenayah tersebut telah ditembak polis di markas mereka yang terletak di Puncak Alam.

Sebaliknya lokasi markas penjenayah tersebut berada di Kayangan Heights yang terletak di antara Sunway Kayangan dan Puncak Perdana, kira-kira 15 km dari Bandar Puncak Alam.

Sebelum ini, kebanyakan media tempatan turut membuat laporan tempat kejadian yang tidak tepat satu lagi kes jenayah berprofil tinggi iaitu pembunuhan seorang warga Mongolia, Altantuya Sharibu di kawasan hutan Empangan Tasik Subang.

Empangan Tasik Subang adalah satu kawasan berhampiran dengan persimpangan Kg. Budiman di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang jaraknya ke Bandar Puncak Alam adalah kira-kira 13 km.

Berikut merupakan berita berkenaan kejadian di Kayangan Heights semalam yang dipetik daripada beberapa akhbar tempatan hari ini.

Juga ikuti perbincangan di FORUM