Tempatan Berita Tempatan 2009 Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MDKS 2009-2010

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MDKS 2009-2010


Majlis Angkat SumpahSumber : mdks.gov.my - Pada 9 Julai 2009, Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor Sesi 2009 – 2010 bertempat di bilik mesyuarat, tingkat 1 Majlis Daerah Kuala Selangor.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Azahari bin Sairin, Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor. Seterusnya Majlis Angkat Sumpah Ahli – Ahli Majlis yang baru diadakan dan diteruskan dengan perutusan Yang Dipertua, Tuan Haji Haris b Kasim.

Majlis ini diakhiri dengan sesi bergambar ahli – ahli majlis yang baru untuk sesi 2009-2010.

Profil Ahli Majlis Sesi 2009-2010 boleh dilihat di sini