Sumber - Sinar Harian 11.09.2008
Chelsea dan Manchester United kini bersaing untuk mendapatkan khidmat pemain remaja meningkat naik Brondby, Nicolai Boilesen.
Sebelum kedua-dua kelab terbabit pernah berebut untuk membawa masuk pemain muda terkemuka, John Obi Mikel
Mikel hampir menyertai United tetapi Chelsea berjaya mengikat kontrak pemain Lyn Oslo itu pada saat-saat akhir selepas persetujuan dilakukan antara ketiga-tiga kelab.
Boilesen, 16, mula menarik perhatian beberapa kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris musim ini ekoran aksi lincahnya di atas padang.
Pemain dari Nigeria itu mengakui dia ingin berkunjung ke England dan mengadakan sesi latihan dengan kedua-dua kelab sebelum memikirkan kariernya pada masa depan.
“Sama ada saya akan terus berada di Denmark atau sebaliknya, masa yang akan menentukan segalanya.
“Buat masa ini, saya akan terbang ke England untuk menjalani latihan dengan Chelsea dan United,” jelas Boilesen.
Boilesen, pemain yang menyerlah di England memasang impian untuk bermain di Old Trafford kerana ia merupakan destinasi pilihannya selama ini. Bagaimanapun, pemain muda tersebut enggan memberi sebarang komen berhubung niat Chelsea kerana dia menjadi rebutan kedua-dua kelab terkemuka England.
“Saya berasa bangga kerana dikaitkan dengan dua kelab besar seperti United dan Chelsea,” tambahnya.