Ops Sikap ke-17 bermula hari iniSumber - Harian Metro 24.09.2008
SHAH ALAM: Ops Sikap ke-17 sempena Aidilfitri selama 15 hari bermula hari ini hingga 8 Oktober, bakal menggunakan pendekatan penguatkuasaan secara kreatif.
|
Ops Warta 1 seluruh SelangorSumber - Harian Metro 12.09.2008
![]() TAMPAL...anggota Polis Trafik Selangor menampal notis pada pintu rumah seorang pesalah trafik yang menpunyai waran tangkap, semalam. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata seramai 47 pesalah trafik termasuk seorang lumpuh dikenal pasti mempunyai waran tangkap dan saman tertunggak yang belum dijelaskan dan dibawa ke balai polis di sekitar Selangor untuk didakwa.
Peraturan cermin gelap ikut SingapuraSumber - Utusan Malaysia 12.09.2008
KOTA KINABALU 12 Sept. - Kerajaan akan menyeragamkan peraturan berkaitan pemasangan cermin gelap pada kenderaan di negara ini berdasarkan piawaian antarabangsa yang diguna pakai di Singapura dan Thailand.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersetuju supaya penyeragaman dibuat untuk memudahkan pemilik kenderaan di ketiga-tiga buah negara itu berulang-alik tanpa berhadapan risiko disaman.
Tol raya: Percuma atau potongan 50%Sumber - Utusan Malaysia 12.09.2008
KUANTAN 11 Sept. - Syarikat-syarikat konsesi lebuh raya di negara ini dicadangkan memberi tol percuma atau potongan 50 peratus kepada pengguna jalan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi
Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia, Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pemberian tol percuma atau potongan tersebut perlu sebagai tanda terima kasih kepada pengguna yang selama ini banyak menyokong mereka.
Air percuma untuk jangka masa panjangSumber - Sinar Harian 11.09.2008 SHAH ALAM - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rakyat Selangor akan terus menikmati bekalan air sebanyak 20 meter padu secara percuma yang dinikmati sekarang dalam jangka masa yang lebih panjang.
|