Sumber - Harian Metro 12.09.2008

Menurutnya, pihaknya turut menampal 150 notis pemberitahuan waran tangkap di rumah atau premis alamat pesalah trafik yang gagal dikesan ketika polis datang menyempurnakan waran tangkap terhadap mereka.
“Operasi kali ini lebih tertumpu dalam mengesan mereka yang mempunyai saman jenis POL 257 iaitu saman yang ditandatangani sendiri pesalah, namun tidak menjelaskan saman dan gagal hadir ke mahkamah.
“Semua mereka yang ditahan kemudian akan diperintahkan supaya hadir ke mahkamah untuk proses pendakwaan kerana mengingkari perintah diberi sebelum itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Che Hussin berkata, hasil pemantauan hari pertama Ops Warta mendapati segelintir pesalah menggunakan ahli keluarga mereka untuk menipu pihak berkuasa dengan memaklumkan orang dicari polis berada di luar daerah walaupun hakikatnya bersembunyi dalam rumah.
“Bagaimanapun, kami menangani masalah itu dengan berbincang secara baik serta profesional dan meminta mereka supaya memberi kerjasama penuh kepada polis,” katanya.
Menurutnya, pihaknya mendapati ada segelintir pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak bertindak bijak dengan menyerah diri di balai polis selepas mengetahui pelaksanaan Ops Warta I.
“Kami amat menghargai kerjasama yang diberikan dan mereka hanya perlu membayar denda maksimum RM300,” katanya.