Fasa 3 Aktiviti Fasa 3 2008 Ibadah Korban Surau Fasa 3

Ibadah Korban Surau Fasa 3

Sumber : shi-pa.blogspot.com - Surau Hj Ismail akan menganjurkan program korban sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2008H/1421M. Tuan/puan adalah dijemput menyertai program ini.

Ibadat korban merupakan satu ibadat yang sangat digalakan dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi keewangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah.

“Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (Muhammad) kebaikan yang banyak. Maka *sembahayanglah engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah(korbanmu)” (Al-Kautsar 1-2)

* sembahayang yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah sembahyang sunat hari raya korban.

Hukum korban ialah Sunat Muakkad. Adapun bagi mereka yang bernazar hukumnya adalah wajib. Bagi mereka yang berkemampuan adalah makruh meninggalkan amalan ini.

Dipetik dari Laman Web http://www.nymaz.com

Pada tahun ini pihak Surau Haji Ismail mensasarkan untuk mengorbankan 3 ekor lembu. Jumlah haiwan yang akan dikorbankan tertakluk kepada permintaan/penyertaan kariah Surau Hj. Ismail. Bayaran bagi satu bahagian adalah RM350.00* dan bayaran ini boleh dibuat secara “lump sum” atau 3 kali ansuran.

Kepada Tuan/Puan yang berhsrat untuk menyertai program Ibadah Korban 2008 , sila isikan borang di sebelah dengan bayarannya dan serahkan kepada AJK berikut.

Dari Aisyah Radiallahu-
Anha bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tiada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah Subhanahu Wataala dari menumpahkan darah. Bahawasanya ia (korban itu) datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kukunya, dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala sabelum
darah itu tumpah ke bumi, oleh kerana itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih.

SURAU HAJI ISMAIL IBADAH KORBAN 2008M//1429H

Harga serendah RM350.00 (Tertakluk kepada harga semasa/ pindaan)

Tn. Hj Zainal Omar 0173796565
Tn. Hj Shukri 0192695443
Sdr Norsham Rahmat 0172998721
Sdr Azizan 0162924753

Tuan-tuan dipelawa untuk menyumbang dana bagi Dana Pembangunan Surau Fasa Tiga Puncak Alam dengan mendepositkan sumbangan anda ke akaun surau atau cek atas nama "Surau Fasa Tiga Puncak Alam" di Bank Islam Malaysia Berhad (No. Akaun : 12038010069535) - Cawangan Shah Alam.