Sambutan Hari Raya Eidul Adha dan Perlaksanaan Ibadah Korban 2008
|
Program Berkhitan Beramai-RamaiSumber : www.alfurqanonline.net - Bersempena cuti sekolah hujung tahun, sekali lagi Lajnah Kebajikan dan Rekreasi telah menganjurkan program berkhitan beramai-ramai. Selain memberi kemudahan kepada ibubapa yang merancang untuk mengkhitankan anak mereka, program ini juga membantu mengurangkan kos terutama kepada ibubapa yang ingin membuat sedikit majlis keraian. Bagi peserta program ini, kos majlis keraian yang dikongsi bersama dapat menghidangkan sedikit keceriaan kepada para peserta yang akan menghadapi detik mencabar. Yuran penyertaan sebanyak RM170 bagi menampung kos jamuan dan hiburan selain dari caj yang dikenakan oleh pihak doktor.
Malam Kesenian IslamSumber : www.alfurqanonline.net - Program berunsur hiburan ini telah dianjurkan buat julung-julung kalinya. Objektif utamanya adalah menghidangkan hiburan yang mengandungi unsur-unsur positif yang dibenarkan oleh Islam terutama kepada golonga remaja dan kanak-kanak.
Majlis Berkhatan Beramai-ramaiSurau Al-Furqan Fasa 2, Bandar Puncak Alam akan menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-ramai pada 16 November 2008. Bayaran sebanyak RM170 akan dikenakan untuk setiap penyertaan, sementara diskaun akan diberikan untuk penyertaan 2 anak atau lebih. Bayaran yang dikenakan untuk upah khidmat doktor (doktor yang bakal memberikan perkhidmatan adalah Dr. Fauzan dari Klinik Noor Hajar, Fasa 2) dan jamuan doa selamat.
|