Kosmo 15.04.2010 - KEKELUARGAAN. Program Hari Mesra Keluarga Memancing anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Fasa 2, Bandar Puncak Alam, Selangor telah disertai lebih 50 penduduk di kawasan tersebut baru-baru ini.
Aktiviti yang diadakan di kolam ikan Sungai Bakau, Rawang, Selangor itu telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah (Rukun Tetangga) negeri, Fithal Din.
Pengurus program itu, Zubir Yusoff berkata, ia diadakan dengan tujuan memupuk hubungan dan mengeratkan kerjasama antara anggota KRT tersebut.
"Aktiviti memancing ini berkonsepkan rekreasi dan bukannya satu pertandingan memancing seperti yang dianjurkan pihak lain," katanya.