Fasa 2 Aktiviti Fasa 2 2009 Mesyuarat Agung Tahunan PPPAF2 Kali Ke 5

Mesyuarat Agung Tahunan PPPAF2 Kali Ke 5


Sumber : pppaf2.blogspot.com
- Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2 (PPPAF2) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 5 pada 29hb Mac 2009 (Ahad) yang lalu. Kira-kira seramai 80 ahli PPPAF2 telah menghadiri AGM ini yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor En. Azahari Bin Sairin.

Pada AGM kali ini pemilihan AJK PPPAF2 untuk penggal 2009/2010 telah dipilih dan dilantik. Tn Hj Ahmed Zawawi Bin Ismail telah mengekalkan jawatan sebagai Presiden PPPAF2 manakala Tn Hj Zakaria Bin Mustafa yang merupakan Pengerusi Surau Al-Furqan telah dilantik menjadi Timbalan Presiden menggantikan En. Mohd Azmi Bin Mohd Rosli.

Sebahagian AJK 2008/2009 telah mengekalkan jawatan dalam AJK. Manakala beberapa muka baru telah dilantik/dipilih untuk menjawat jawatan dalan AJK PPPAF2. Diharapkan gabungan AJK lama dan baru akan menjadikan PPPAF2 lebih efisien dan berkerja lebih giat lagi. Senarai AJK PPPAF2 penggal 2009/2010 telah disenaraikan di blog PPPAF2.