Fasa 2 Aktiviti Fasa 2 2009 Mesyuarat Agong ke-4 Persatuan Khairat Kematian Fasa 2

Mesyuarat Agong ke-4 Persatuan Khairat Kematian Fasa 2


Sumber : alfurqanonline.net - Mesyuarat Agung Persatuan Khairat Kematian Fasa 2 (PKKF2) kali ke–4 telah diadakan pada hari Ahad bersamaan 26 April 2009, bermula jam 9.30 pagi bertempat di Surau Al Furqan, Fasa 2. Pendaftaran ahli bermula jam 9.30 pagi hingga 10.00 pagi.

Selepas pendaftaran, bacaan doa oleh Encik Rosli (Imam Surau Al Furqan). Kemudian diikuti oleh ucapan Yang Dipertua Persatuan, Ustaz Mohd Najib. Dalam ucapan YDP, beliau menyentuh tentang matlamat dan halatuju persatuan serta merasmikan mesyuarat kali ini.

Selepas itu, taklimat takaful telah disampaikan oleh Tuan Haji Uzir. Taklimat ini berkisar tentang kepentingan takaful dan faedah-faedah menyertai takaful. Mesyuarat Agung bermula jam 10.45 pagi yang dipengerusikan oleh YDP.

Pembentangan minit mesyuarat yang lalu (AGM 2008) telah dibentangkan oleh setiausaha persatuan , Encik Asri . Persoalan yang dikemukakan adalah berkenaan tentang faedah-faedah menyertai persatuan.

Kemudian Encik Asri membentangkan lapuran aktiviti persatuan 2008/2009. Untuk aktiviti yang terdekat adalah kursus jenazah yang dirancang pada bulan Jun 2009.

Persatuan juga telah melantik wakil kutipan yuran bagi setiap lorong bagi melicinkan lagi proses kutipan yuran.

Seterusnya , bendahari persatuan , Encik Faizal membentangkan lapuran kewangan persatuan yang berakhir Disember 2008.

Diakhir mesyuarat, YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang sudi meluangkan masa sama-sama bermesyuarat dan kehadiran ahli agak menggalakkan.

Jumlah ahli yang hadir adalah 63 orang. Jamuan disediakan selepas mesyuarat

Mohd Asri Bin Adenan
Setiausaha PKKF2