Kosmo : 02.12.2009 - KHATAN. Seramai 22 orang kanak-kanak dari perumahan Puncak Alam Fasa 2, Kuala Selangor menyertai majlis berkhatan beramai-ramai yang diadakan di Surau Al-Furqan taman perumahan itu kelmarin.
Majlis dimulakan dengan acara perarakan kompang di mana kanak-kanak terbabit yang berusia di antara tujuh dan sepuluh tahun diusung oleh bapa masing-masing ke surau.
Imam surau, Mohd. Halim Samian berkata, majlis itu diadakan setiap tahun dan kali ini, ia mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih ramai kanak-kanak terlibat berbanding tahun lalu.
Proses berkhatan dikendalikan oleh seorang doktor dan dua pembantu dari Klinik Siti Hajar, Shah Alam 2.
Turut hadir pengerusi surau, Zakaria Mustapa.