Fasa 2 Aktiviti Fasa 2 2008 Majlis Berkhatan Beramai-ramai

Majlis Berkhatan Beramai-ramai

Surau Al-Furqan Fasa 2, Bandar Puncak Alam akan menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-ramai pada 16 November 2008. Bayaran sebanyak RM170 akan dikenakan untuk setiap penyertaan, sementara diskaun akan diberikan untuk penyertaan 2 anak atau lebih. Bayaran yang dikenakan untuk upah khidmat doktor (doktor yang bakal memberikan perkhidmatan adalah Dr. Fauzan dari Klinik Noor Hajar, Fasa 2) dan jamuan doa selamat.

Selain daripada itu satu persembahan nasyid akan diadakan bagi meraikan anak-anak yang berkhatan. Persembahan akan dibuat oleh Kumpulan Nasyid Zameel pimpinanUstaz Amaluddin.

Kepada ibu bapa yang berminat, daftarkan anak anda dengan menghubungi Sdr. Nazarudin 013-2533235, Imam Faisal 012-3776091 atau Ustaz Zakaria 019-2525118.