Umum Aktiviti Bandar Puncak Alam 2010 Murid SK Puncak Alam 2 meriahkan perkhemahan

Murid SK Puncak Alam 2 meriahkan perkhemahan


Kosmo 17.06.2010 - SEMANGAT. Seramai 325 orang murid tahun empat hingga enam Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2 menghadiri program Perkhemahan Bersepadu Unit Pakaian Seragam 2010 di padang sekolah berkenaan di Kuala Selangor baru-baru ini.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program tiga hari itu ialah pertandingan kawad antara unit beruniform, pertandingan perkhemahan dan aktiviti kembara yang diadakan dengan kerjasama Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Selangor.

Guru Besarnya, Muhammed Adzhar Alias berkata, perkhemahan itu adalah aktiviti tahunan di bawah unit kokurikulum sekolah.

"Ia bertujuan untuk memberi pengalaman kepada murid-murid yang belum pernah berkhemah selain menjalin perpaduan antara unit-unit beruniform sekolah," katanya.