Sumber : pa2ps.com - Tahniah kepada pasukan kompang SKPA2 yang telah menjadi johan diperingkat kebangsaan.
Pertandingan kompang selawat peringkat kebangsaan tersebut telah di adakan di Hotel Gold Coast, Klang bermula pada 3 hingga 6 Mei yang lalu.
Pasukan kompang SKPA2 menjadi pasukan yang hebat dengan menjadi johan dengan mengalahkan 16 pasukan kompang dari seluruh negara yang telah memberikan saingan yang sengit.
Setelah beberapa minggu, ahli pasukan kompang yang terdiri daripada pelajar-pelajar SKPA2 menjalani latihan intensif di bawah didikan dan tunjuk ajar dari beberapa guru dari SKPA2 sendiri terutamanya Ustaz Noraziz bin Mudakir, maka penat lelah mereka berlatih telah membuahkan hasil yang cemerlang.
Sebelum ini, pasukan kompang SKPA2 telah menjadi johan di peringkat daerah Kuala Selangor. Kemudian, telah menjadi johan diperingkat negeri yang berlangsung di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
Sekali lagi tahniah diucapkan kepada mereka dan pihak sekolah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang telah terlibat, seperti guru besar dan pihak perntadbiran sekolah, guru-guru SKPA2, para ibu bapa pelajar dan juga tidak lupa kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor yang telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan juga bantuan dari segi kewangan.
Akhirnya, pengorbanan mereka telah terbalas dengan kejayaan dan dapat menaikkan lagi nama sekolah SKPA2 dan juga daerah Kuala Selangor khususnya dan negeri Selangor secara amnya.