Umum Aktiviti Bandar Puncak Alam 2009 Pasukan Catur SK Puncak Alam 2

Pasukan Catur SK Puncak Alam 2

www.stonemaster.info - Pada 25 Jan 09, hari Ahad jam 10 pagi hingga 1 petang, satu latihan intensif catur telah diadakan khas kepada para pemain catur sekolah ini bagi persediaan pelajar sekolah ini ke kejohanan catur peringkat sekolah-sekolah dan cuba untuk layak ke peringkat daerah negeri Selangor pula.

Seramai 10 peserta iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan telah hadir untuk mengikuti latihan catur yang dikendalikan oleh jurulatih paling glamour di Malaysia iaitu En Mohd Fadli bin Zakaria A.K.A StoneMaster AKA SM AKA Coach Fadli.

Coach Fadli telah memberi beberapa nasihat dan memberikan sedikit latihan catur yang perlu dibuat kepada para pemain sekolah ini. SM dapati sekolah ini berpotensi jauh dalam sukan catur ini sekiranya pihak yang terbabit mempunyai satu program latihan catur yang sistematik dan teratur, bermula dari peringkat awal persekolahan. Sekiranya program ini dijalankan mulai pelajar tahun 1, dijangkakan sekolah ini akan mempunyai pasukan catur SKPA2 yang handal dalam masa 2 atau 3 tahun.

Seorang guru catur/penasihat catur perlu mengambil inisiatif untuk memantau, melatih, menghantar pemain ke kejohanan catur dan juga membuat laporan bulanan mengenai prestasi perkembangan sukan catur ini di kalangan para pemain catur SKPA2.