SILA BACA SEBELUM MENGHUBUNGI KAMI
Sejak kebelakangan ini, pihak Puncak-Alam.net banyak menerima panggilan telefon khususnya daripada firma-firma guaman yang mewakili pihak pembeli hartanah di Bandar Puncak Alam ataupun pihak bank yang memberi pinjaman perumahan berkaitan urusan yang melibatkan Puncak Alam Housing Sdn Bhd.
Pihak Puncak-Alam.net sekali lagi ingin memaklumkan bahawa kami tiada kaitan secara langsung dengan Puncak Alam Housing atau mana-mana pemaju di kawasan Bandar Puncak Alam, sebagaimana yang tertera di kaki laman web ini.
Terima kasih
Pentadbir Portal
2 November 2009