| Sehari bersama Jabatan Pertahanan Awam |
|
KRT Fasa 2 Bandar Puncak Alam ingin menjemput semua warga Bandar Puncak Alam untuk menyertai satu Program Anjuran bersama KRT Fasa 2 dan Jabatan Pertahanan Awam Negeri Selangor pada 12hb Disember 2009 (Sabtu), 8.30 pagi - 5 ptg di Balai Masyarakat Fasa 2, Bandar Puncak Alam. Program tersebut dinamakan "Sehari bersama Jabatan Pertahanan Awam" di mana tenaga pengajar dari Jabatan Pertahanan Awam Negeri Selangor akan mengadakan kursus untuk orang awam di Puncak Alam. Ilmu-ilmu Asas Menyelamat, Asas Bomba dan Asas Kecemasan akan dibentang pada hari tersebut. Semua penduduk Puncak Alam dijemput hadir untuk menyertai program tersebut. Disamping itu pihak KRT Fasa 2 juga menjemput badan-badan berkanun yang lain seperti, Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Polis dan Majlis Daerah Kuala Selangor untuk merasmikan majlis tersebut. Insyaallah hasrat Jabatan Pertahanan Awam Negeri Selangor untuk menubuhkan satu platun sejumlah 30 orang di Puncak Alam, di mana banyak fasiliti-fasiliti seperti ambulan dapat diadakan di Bandar Puncak Alam. Dan dengannya adanya Platun ini keselamatan dari anasir-anasir negatif seperti kes pecah rumah, di Puncak Alam dapat dibendung. Shukor Ahmad Setiausaha KRT Fasa 2 Bandar Puncak Alam
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!! 3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |



LAMAN UTAMA