LAMAN UTAMA Tempatan 2010 Derita Berakhir Oktober
Derita Berakhir Oktober

PROJEK pembinaan jalan susur keluar selepas Plaza Tol Lebuh raya Guthrie yang dijadualkan siap Oktober ini bakal menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Bukit Jelutong-Batu ArangUtusan Malaysia : 29.01.2010 - SHAH ALAM 28 Jan. – “Kami amat berharap dengan adanya pembinaan jalan susur keluar ini akan menyelesaikan kesusahan kami yang terpaksa meredah kesesakan lalu lintas untuk pulang ke rumah yang dihadapi lebih tiga tahun lalu.”

Itulah harapan penduduk Seksyen U10 di sini apabila ditanya mengenai keadaan kesesakan lalu lintas yang terpaksa mereka tempuh setiap kali melalui Jalan Bukit Jelutong menuju ke Jalan Batu Arang.

Harapan yang diluahkan oleh penduduk itu mungkin akan bertukar menjadi realiti setelah satu projek pembinaan susur keluar yang menghubungkan terus Lebuh Raya Guthrie ke Jalan Batu Arang dijangka siap sepenuhnya dalam bulan Oktober tahun ini.

Projek berkenaan di bawah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) merupakan antara usaha untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Projek itu dilaksanakan oleh syarikat Bricomp Sdn. Bhd. selaku kontraktor manakala Prolintas Expressway Sdn. Bhd. merupakan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan.

Pembinaan laluan susur keluar berkenaan dilihat mampu mengatasi masalah kesesakan teruk di Jalan Bukit Jelutong ke Jalan Batu Arang, yang walaupun jaraknya tidak sampai dua kilometer, terutamanya ketika waktu puncak di antara pukul 7 pagi dan 5 petang.

Menurut seorang penduduk di Bandar Puncak Perdana di sini, Mohd. Zulfahmi Johadi, 33, beliau sering menggunakan jalan berkenaan untuk ke tempat kerja dan pulang walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah kesesakan teruk sepanjang jalan berkenaan.

Malah katanya, beliau sering kali mengalami kerugian dari segi masa kerana terpaksa berada dalam kesesakan jalan raya sekitar 30 minit dan ada kalanya sehingga satu jam untuk sampai ke Jalan Batu Arang menuju ke Puncak Alam setiap hari.

“Kalau setiap hari berhadapan dengan kesesakan, kita lewat ke tempat kerja dan kadang kalanya keadaan berkenaan turut menguji kesabaran kita.

“Jadi, dengan pembinaan susur keluar ini, kami amat alu-alukan supaya kesesakan ini dapat dikurangkan kerana selaku pengguna kita ada dua pilihan sama ada untuk menggunakan jalan lama atau susur keluar baru ini apabila siap nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pandangan yang sama turut dikongsi oleh seorang peniaga gerai makan, Siti Suraya Ghulam Hussien, 46, yang turut mengakui masalah kesesakan berkenaan turut dihadapinya sejak mula menetap di Seksyen U10, lebih empat tahun lalu.

Bagaimanapun, keadaan lalu lintas pada masa itu tidak mencapai tahap yang teruk seperti yang berlaku pada hari ini.

“Dulu masa kawasan ini mula-mula dibuka, tak ramai yang tinggal di sini. Bagaimanapun dengan pertambahan kawasan-kawasan perumahan baru di kawasan sekitar sini, ia turut mengundang pertambahan bilangan kenderaan yang keluar masuk ke kawasan ini.

“Itu tidak termasuk dengan pembinaan projek-projek lain di kawasan ini seperti kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Perdana termasuklah pembinaan kampus UITM baru di Puncak Alam yang mungkin akan menyebabkan pertambahan penduduk dan lalu lintas di kawasan ini,” jelasnya.

Tambah beliau, kesesakan yang berlaku juga mengundang kepada kejadian kemalangan yang sering berlaku di kawasan itu dari kes yang kecil sehinggalah kepada kemalangan maut terutamanya di kawasan simpang Jalan Batu Arang ke Bukit Jelutong dari kedua-dua arah.

“Sebenarnya, kami telah lama menunggu satu laluan terus dari Shah Alam ke kawasan Puncak Alam ini kerana ia memudahkan kami untuk keluar masuk tanpa menghadapi sebarang masalah. Jadi dengan adanya projek ini, kami harap ia dapat membantu mengurangkan masalah kami yang tinggal di kawasan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Bricomp Sdn. Bhd., Mohd. Adib Abdul Hamid ketika dihubungi memberitahu, pihaknya telah memulakan projek pembinaan jalan masuk kilometer 5.1 Lebuhraya Guthrie ke laluan B49 itu pada awal Januari ini dan dijangka akan selesai pada penghujung Oktober 2010.

-------------------------------------------------------------------

Berita Harian : 29.01.2010 - SHAH ALAM 28 Jan. – “Kami amat berharap dengan adanya pembinaan jalan susur keluar ini akan menyelesaikan kesusahan kami yang terpaksa meredah kesesakan lalu lintas untuk pulang ke rumah yang dihadapi lebih tiga tahun lalu.”

Komen
Carian

hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Daftar Pengguna

Status Pengunjung : 14 tetamu di atas talian
Bilangan Pengunjung : 88806

Carian

Undian

Banner
Banner
Banner
Banner

KOTAK JERIT

Latest Message: 2 days, 23 hours ago
  • alang30 : terima kasih kepada abg polis kerana menjaga lalulintas jln keluar puncak alam ke shah alam, kurang lah jem sikit... terima kasih
  • azi : «link» herba
  • azi : dapatkan pad availbeauty,harga promosi..kos penghantaran rm5 kebawah percuma.. «link»
  • azi : Dapatkan Pad availbeauty.....harga
  • azi : nak buat gril awk tinggal kat mn
  • epinburger : epinburger SA2 dibuka spt biasa mulai jam 7ptg - 11.30 mlm. hari sabtu tutup.Utk tempahan sms@call 0123115729....epinburger..'pasti ada kelainan.'.
  • Arep69 : salam RSM88..banyak?? dengan sape tu ye??
  • RSM88 : Berlaku lagi kemalangan d bulatan air pancut...hayal tengok air pancut atau nak tunjuk terer..
  • RSM88 : menuju puncak...pada warga pendidik kat puncak alam ni buat lah duit banyak2..ilmu anugerahNya...cuma mengingatkan sesama umatNya.
  • RSM88 : salam arep....awk smpai kt sini bnyk yg bleh buat grill....

Only registered users are allowed to post

KOMEN TERKINI