LAMAN UTAMA Tempatan 2009 Nadzira dan Afiq - Pelajar Terbaik SPM 2008 SMKPA
Nadzira dan Afiq - Pelajar Terbaik SPM 2008 SMKPA
Pelajar Terbaik SPM 2008 SMKPA Bersama KeluargaPUNCAK ALAM : 16.03.2009 - Nadzira Mohd Hanif dan Mohd Mihlaiel Afiq Mohd Sarifuddin, kedua-duanya mendapat 9A dalam peperiksaan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), tetapi memilih untuk kekal di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA).

Keputusan untuk meneruskan pelajaran sehingga ke tingkatan lima di SMKPA tidak menghalang mereka mendapat keputusan yang cemerlang serta muncul pelajar terbaik SPM 2008.

Nadzira Mohd LatifNadzira Mohd Hanif yang tinggal di Fasa 2B3, Shah Alam 2 mendapat keputusan 9 A daripada keseluruhan 11 subjek yang diambilnya.

Dia mendapat 1A untuk subjek Bahasa Melayu, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Sejarah, Agama Islam dan Pendidikan Seni.

Lain-lain subjek Bahasa Inggeris (2A), Biologi (3B) dan EST (4B).

"Saya ingin menjadi seorang saintis," ujarnya ketika ditanya wakil PAnet berkaitan cita-citanya selain menjelaskan akan memohon untuk memasuki pusat matrikulasi universiti tempatan.

Nadzira menjelaskan dia tidak mempunyai kaedah pembelajaran yang khusus, sebaliknya lebih memberikan tumpuan semasa di dalam kelas selain daripada banyak membuat soalan-soalan latihan.

"Saya luangkan masa lebih kurang 2 jam setiap hari untuk belajar," jelasnya lagi sambil menegaskan tiada jadual yang tetap untuk belajar setiap hari.

Ibu Nadzira, Pn. Rosidah Mohamad Sahak yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa bersetuju dengan penjelasan anaknya itu.

"Dia tidak perlu disuruh untuk belajar, malah kami tidak pernah memaksanya sebaliknya hanya memberi galakan dan sokongan," jelasnya tentang sikap anak sulungnya itu terhadap pelajaran.

"Nadzira tidak menampakkan potensinya dalam pelajaran sehinggalah selepas darjah 5," ujar bapanya, En. Mohd Hanif Md Sultan, seorang kontraktor elektrik.

En. Hanif yang juga merupakan salah seorang pembantu kepada YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor berharap Nadzira menjadi contoh dan inspirasi kepada 4 lagi adik-adiknya, malah berharap mereka mendapat keputusan yang lebih cemerlang.

Mohd Mihlaiel Afiq Mohd SharifuddinSementara itu, Mohd Mihlaiel Afiq Mohd Sarifuddin yang lebih mesra dikenali sebagai Afiq, mengamalkan teknik pembelajaran yang berterusan dan konsisten.

Dia juga menjelaskan berkenaan sifatnya yang suka bertanya juga membantunya lebih memahami pelajaran yang diajar guru.

"Saya tidak suka belajar pada saat akhir sebaliknya sentiasa mengulangkaji pelajaran pada masa yang terluang selain melayari internet dan melukis," ujar anak muda ini yang juga biasa membuat kerja-kerja rumah dan pandai memasak.

Malah penjelasan ini turut disokong ibunya, Pn Kaltom Marjan, yang juga merupakan seorang guru di SMKPA.

"Seminggu sebelum (peperiksaan) SPM, dia mahu pergi menonton konsert Avril Lavigne di Kuala Lumpur. Disebabkan saya yakin dengan persediaannya, saya sendiri yang menghantarnya," jelasnya tentang anak bongsunya itu.

Selain daripada itu, Pn. Kaltom berpendapat ibu bapa memainkan peranan yang amat penting ke atas kejayaan anak-anak.

"Ibu bapa hendaklah sentiasa bersama anak-anak untuk memantau dan memberi bimbingan, selain memastikan masa diluangkan dengan mereka" tambahnya.

Wakil PAnet juga turut melihat kemesraan mereka sekeluarga semasa sesi temuramah ini dijalankan di kediaman mereka di Zon I, Fasa 2.

Bagi menambahkan lagi keyakinan diri anak-anak, bapa Afiq, En. Mohd Sharifuddin Abd. Hamid atau lebih mesra dikenali sebagai Jasmin di kalangan rakan-rakan, turut membawa bersama mereka semasa bertemu dengan pelanggan.

En. Jasmin yang menguruskan perniagaan pengurusan acaranya sendiri berpendapat cara ini dapat memberi pendedahan awal kepada anak-anaknya kepada dunia sebenar yang lebih matang, selain dapat membentuk pemikiran mereka.

Ini terbukti dengan kematangan anak sulung mereka yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi massa di Univerti Teknologi MARA yang jauh lebih matang pemikiran dan pergaulan berbanding rakan sebaya.

Afiq memperolehi 1A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Seni, dan 2A untuk subjek Agama Islam, Fizik, Matematik Tambahan, Sejarah dan EST, sementara Biologi (1B) dan Kimia (1C).

Dia berhasrat untuk melanjutkan pengajian sama ada di Universiti Teknologi Malaysia atau Universiti Malaya dam bidang seni bina (architecture), dan bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek.


Editor : sekali lagi kami di PAnet mengucapkan tahniah kepada kejayaan kedua-dua pelajar ini, serta keluarga mereka.
Komen
Carian

video
admin (SAdministrator) 20.03.2009 09:28:06

cadangan yg bagus, akan kami usahakan, terima kasih adinor
video
ardinor (Author) 20.03.2009 00:28:35

mungkin lepas ni website ni bukan hanya ada foto tp juga rakaman video
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Daftar Pengguna

Status Pengunjung : 12 tetamu di atas talian
Bilangan Pengunjung : 89235

Carian

Undian

 
Banner
Banner
Banner
Banner

KOTAK JERIT

Latest Message: 3 days, 23 hours ago
  • alang30 : terima kasih kepada abg polis kerana menjaga lalulintas jln keluar puncak alam ke shah alam, kurang lah jem sikit... terima kasih
  • azi : «link» herba
  • azi : dapatkan pad availbeauty,harga promosi..kos penghantaran rm5 kebawah percuma.. «link»
  • azi : Dapatkan Pad availbeauty.....harga
  • azi : nak buat gril awk tinggal kat mn
  • epinburger : epinburger SA2 dibuka spt biasa mulai jam 7ptg - 11.30 mlm. hari sabtu tutup.Utk tempahan sms@call 0123115729....epinburger..'pasti ada kelainan.'.
  • Arep69 : salam RSM88..banyak?? dengan sape tu ye??
  • RSM88 : Berlaku lagi kemalangan d bulatan air pancut...hayal tengok air pancut atau nak tunjuk terer..
  • RSM88 : menuju puncak...pada warga pendidik kat puncak alam ni buat lah duit banyak2..ilmu anugerahNya...cuma mengingatkan sesama umatNya.
  • RSM88 : salam arep....awk smpai kt sini bnyk yg bleh buat grill....

Only registered users are allowed to post

KOMEN TERKINI