LAMAN UTAMA Tempatan 2009 'Mana lampu isyarat kami'
'Mana lampu isyarat kami'

Mana Lampu Isyarat Kami ?Utusan Malaysia : 09.12.2009 - SHAH ALAM 8 Dis. - Kira-kira 30,000 penduduk Puncak Alam di sini terpaksa berhadapan dengan risiko kemalangan setiap hari apabila simpang tiga yang merupakan jalan masuk utama ke kawasan perumahan itu tidak dilengkapi lampu isyarat.

Mereka mendakwa lampu isyarat berkenaan sepatutnya telah lama dibina di situ kerana simpang tiga tersebut terletak di jalan utama untuk pergi ke Kuala Selangor, Ijok, pekan Meru, Shah Alam dan Perak.

Selain itu kata mereka, sudah banyak kemalangan yang hampir meragut nyawa berlaku di simpang tersebut sehingga membimbangkan penduduk.

Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2, Sawawi Ismail memberitahu, mereka tidak mempunyai pilihan selain menggunakan jalan itu untuk ke tempat kerja dan keluar masuk daripada kawasan perumahan tersebut.

Menurutnya, sejak sembilan tahun lalu, simpang itu telah menyebabkan banyak kemalangan dan dalam tempoh sebulan kadang-kala lebih daripada 10 kes dilaporkan berlaku.

"Kemalangan berlaku apabila semua kenderaan dari tiga arah bertembung kerana ingin cepat sampai ke destinasi masing-masing.

"Apa yang lebih membahayakan nyawa penduduk di sini apabila lampu jalan tidak menyala pada waktu malam menyebabkan mereka sukar untuk melihat kenderaan yang datang dari arah yang berlainan," katanya pada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.

Lebih membimbangkan penduduk di situ kata Sawawi, jalan itu juga digunakan oleh kenderaan berat seperti lori pasir dan tanah yang menghantar muatan ke tapak pembinaan di dalam kawasan perumahan tersebut.

Sehubungan itu beliau memohon agar pihak berkaitan segera memasang lampu isyarat di persimpangan tersebut bagi mengelak berlaku kejadian kemalangan dan mungkin juga kehilangan nyawa.

Seorang lagi penduduk, Norhayati Abdul Hadi, 42, berkata, lampu isyarat di kawasan itu perlu segera dibina bagi menjamin keselamatan penduduk serta pengguna jalan raya lain memandangkan banyak berlaku kemalangan sejak kebelakangan ini.

Beliau yang sudah menghuni kawasan perumahan itu selama lima tahun memberitahu, setiap minggu pasti berlaku kemalangan di persimpangan tersebut.

"Lagi pun pembukaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) enam bulan lalu tidak jauh dari simpang ini menambahkan lagi jumlah penduduk di sini kerana kebanyakan daripada mereka menyewa di kawasan perumahan ini.

"Dalam sebulan, ada saja kemalangan berlaku di kawasan ini, biasanya mangsa yang keluar masuk dari simpang di kiri kanan jalan atau membuat pusingan U.

"Disebabkan tiada lampu isyarat, nasib penduduk dan pengguna jalan raya di sini umpama telur di hujung tanduk, kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja," ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Kamaruzaiki Kamaruddin, 40, berkata, sememangnya lampu isyarat perlu dipasang dengan segera kerana laluan tersebut juga merupakan jalan yang selalu digunakan oleh orang ramai untuk ke Perak bagi mengelak kesesakan sekiranya mengunakan lebuh raya pada musim-musim tertentu.

Katanya, terlalu banyak kenderaan menggunakan laluan itu terutama pada waktu puncak selain setiap kali tiba musim perayaan, kenderaan dipandu laju sehingga sering berlaku kemalangan.

"Persimpangan ini boleh dikategorikan sebagai laluan berbahaya kerana sentiasa sibuk terutamanya pada waktu petang apabila kebanyakan penduduk pulang dari tempat kerja.

"Apa yang menjadi persoalan penduduk di sini bagaimana lampu isyarat boleh dibina terlebih dahulu di simpang masuk UiTM sedangkan universiti itu baru sahaja dibuka," katanya.

Tambahnya, apa yang diharapkan oleh penduduk di situ adalah pembinaan lampu isyarat tersebut dapat disegerakan kerana mereka tidak mahu perkara tidak diingini berlaku kepada ahli keluarga dan juga penduduk di kawasan perumahan itu.


Editor : Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Alam 2 (PPPAF2) adalah Tn. Hj. Zawawi Ismail, bukan Sawawi Ismail seperti yang disiarkan di Utusan Malaysia.
Komen
Carian

hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Daftar Pengguna

Status Pengunjung : 12 tetamu di atas talian
Bilangan Pengunjung : 88800

Carian

Undian

 
Banner
Banner
Banner
Banner

KOTAK JERIT

Latest Message: 2 days, 23 hours ago
  • alang30 : terima kasih kepada abg polis kerana menjaga lalulintas jln keluar puncak alam ke shah alam, kurang lah jem sikit... terima kasih
  • azi : «link» herba
  • azi : dapatkan pad availbeauty,harga promosi..kos penghantaran rm5 kebawah percuma.. «link»
  • azi : Dapatkan Pad availbeauty.....harga
  • azi : nak buat gril awk tinggal kat mn
  • epinburger : epinburger SA2 dibuka spt biasa mulai jam 7ptg - 11.30 mlm. hari sabtu tutup.Utk tempahan sms@call 0123115729....epinburger..'pasti ada kelainan.'.
  • Arep69 : salam RSM88..banyak?? dengan sape tu ye??
  • RSM88 : Berlaku lagi kemalangan d bulatan air pancut...hayal tengok air pancut atau nak tunjuk terer..
  • RSM88 : menuju puncak...pada warga pendidik kat puncak alam ni buat lah duit banyak2..ilmu anugerahNya...cuma mengingatkan sesama umatNya.
  • RSM88 : salam arep....awk smpai kt sini bnyk yg bleh buat grill....

Only registered users are allowed to post

KOMEN TERKINI