LAMAN UTAMA Tempatan 2009 30,000 penduduk Puncak Alam mohon lampu isyarat
30,000 penduduk Puncak Alam mohon lampu isyarat

Sinar Harian : 04.12.2009 - PUNCAK ALAM – Penduduk di sini memohon Jabatan Kerja Raya (JKR) memasang lampu isyarat di persimpangan utama Bandar Puncak Alam memandangkan ketiadaan kemudahan tersebut menyukar- kan kenderaan keluar masuk di persimpangan berkenaan sehingga menyebabkan kerap berlakunya kemalangan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2, Zawawi Ismail berkata, pemandu terpaksa menunggu terlalu lama kerana sukar untuk bergerak keluar di persimpangan itu terutamanya pada waktu puncak pagi dan petang.

Katanya, keadaan terlalu sibuk pada waktu tersebut sehingga menyebabkan pemandu di laluan itu sukar untuk keluar ke jalan utama dan bimbang berlaku kemalangan.

“Simpang ini adalah laluan utama bagi penduduk Puncak Alam di mana melibatkan ratusan kenderaan yang sentiasa menggunakannya, malah ia juga menjadi persimpangan kepada jalan raya utama dari Pekan Meru ke Shah Alam, Sungai Buloh dan Ijok.

“Ia menjadi laluan yang begitu sibuk ter-utama sekali ketika waktu puncak dan pe- nekanan dari segi aspek keselamatan seharusnya diberikan di sini,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya JKR memasang lampu isyarat di persimpangan itu kerana ia membahayakan kepada semua pengguna jalan raya.

“Bagi orang luar yang baru datang ke sini, mereka teragak-agak untuk keluar di per- simpangan dan terpaksa menunggu lama sehingga mengganggu pergerakan lalu lintas kenderaan yang mengekori di belakang.

“Sepatutnya di persimpangan yang selalu mengundang bahaya ini, pihak yang ber- kenaan perlu mengkaji dan meneliti aspek keselamatan dengan memasang lampu isyarat,” katanya.

Sementara itu, Shahril Salleh, 34 berkata, setiap bulan tiga atau empat kali pasti ada berlaku kemalangan di persimpangan ini di- sebabkan sukar untuk keluar masuk di per- simpangan tersebut.

“Walaupun kemalangan belum melibatkan kematian, namun yang pastinya jalan ini mengundang bahaya kepada pengguna.

“Tidak perlulah menunggu kejadian yang lebih serius baru semua pihak mahu menangani masalah ini. Aspek keselamatan perlu di utamakan demi memastikan pengguna jalan raya khususnya penduduk tidak bimbang apabila melalui simpang ini,” katanya.

Manakala, Kamsiah Sajat, 36, pula berkata, pada waktu malam, walaupun adanya lampu jalan di persimpangan itu, namun ia tetap mengundang bahaya kerana kebanyakan kenderaan yang melalui laluan ini memandu dengan laju.

“Inilah satu-satunya simpang jalan utama penduduk Puncak Alam menjalankan aktiviti rutin harian di mana melibatkan ratusan kenderaan yang menggunakan jalan tersebut.

“Lampu isyarat perlu dipasang dengan segera di persimpangan ini bagi mengelakkan lebih banyak kemalangan yang berlaku dan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Dia berkata, bermula 2005, penduduk di sini semakin bertambah dan berharap pihak terbabit dapat meletakkan lampu isyarat di persimpangan ini.
Komen
Carian

hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Daftar Pengguna

Status Pengunjung : 15 tetamu di atas talian
Bilangan Pengunjung : 88808

Carian

Undian

 
Banner
Banner
Banner
Banner

KOTAK JERIT

Latest Message: 2 days, 23 hours ago
  • alang30 : terima kasih kepada abg polis kerana menjaga lalulintas jln keluar puncak alam ke shah alam, kurang lah jem sikit... terima kasih
  • azi : «link» herba
  • azi : dapatkan pad availbeauty,harga promosi..kos penghantaran rm5 kebawah percuma.. «link»
  • azi : Dapatkan Pad availbeauty.....harga
  • azi : nak buat gril awk tinggal kat mn
  • epinburger : epinburger SA2 dibuka spt biasa mulai jam 7ptg - 11.30 mlm. hari sabtu tutup.Utk tempahan sms@call 0123115729....epinburger..'pasti ada kelainan.'.
  • Arep69 : salam RSM88..banyak?? dengan sape tu ye??
  • RSM88 : Berlaku lagi kemalangan d bulatan air pancut...hayal tengok air pancut atau nak tunjuk terer..
  • RSM88 : menuju puncak...pada warga pendidik kat puncak alam ni buat lah duit banyak2..ilmu anugerahNya...cuma mengingatkan sesama umatNya.
  • RSM88 : salam arep....awk smpai kt sini bnyk yg bleh buat grill....

Only registered users are allowed to post

KOMEN TERKINI