| Worldwide Bangunkan Puncak Alam |
|
Sumber : Utusan Malaysia 17.11.2008 - SHAH ALAM 16 Nov. – Worldwide Holdings Bhd. (Worldwide), anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), akan menjalankan projek pembangunan hartanah di Puncak Alam, di sini dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM230 juta pada suku ketiga tahun hadapan. Pengurus Projek Worldwide (Bahagian Hartanah), Noor Azmi Ali berkata, pembangunan bercampur yang akan dijalankan di kawasan seluas 124 ekar (74.4 hektar) itu akan memberi penekanan kepada segmen kediaman.‘‘Mengikut pelan asal, kami hanya memperuntukkan kira-kira 95 peratus rumah dan selebihnya unit komersial. ‘‘Bagaimanapun, ada syarikat yang menemui kami meminta dibangunkan kawasan untuk perniagaan seperti pasar raya besar di kawasan tersebut. Mungkin kami akan menambah 35 peratus lagi untuk unit komersial,’’ katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Laman Permai di Subang Bestari di sini, hari ini. Selain mendapat permintaan tinggi untuk unit komersial, beliau memberitahu, pelan asal terpaksa diubah bagi memastikan jenis pembangunan yang akan dijalankan di kawasan tersebut sesuai dan mampu dimiliki dan ia memberikan keuntungan kepada syarikat dalam keadaan yang tidak menentu pada tahun hadapan. Selain itu, Worldwide juga sedang merancang untuk membangunkan kawasan seluas 250 ekar (150 hektar) dengan GDV antara RM400 juta hingga RM500 juta di Sungai Kapar Indah, Meru, Klang pada 2010. Sementara itu, sebanyak enam buah banglo dan rumah berkembar berjumlah hampir RM8 juta berjaya dijual sejak penjualannya dibuka pada Jumaat lalu. Sebanyak 18 banglo (Zamrud) yang berharga bermula daripada RM1.1 juta dan 20 rumah berkembar (Nilam) yang dijual pada harga daripada RM805,035 telah siap dibina beberapa bulan lalu.
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!! 3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
Daftar Pengguna
DAFTAR PENGGUNA
Carian
Undian
KOTAK JERIT
- alang30 : terima kasih kepada abg polis kerana menjaga lalulintas jln keluar puncak alam ke shah alam, kurang lah jem sikit... terima kasih
- azi : «link» herba
- azi : dapatkan pad availbeauty,harga promosi..kos penghantaran rm5 kebawah percuma.. «link»
- azi : Dapatkan Pad availbeauty.....harga
- azi : nak buat gril awk tinggal kat mn
- epinburger : epinburger SA2 dibuka spt biasa mulai jam 7ptg - 11.30 mlm. hari sabtu tutup.Utk tempahan sms@call 0123115729....epinburger..'pasti ada kelainan.'.
- Arep69 : salam RSM88..banyak?? dengan sape tu ye??
- RSM88 : Berlaku lagi kemalangan d bulatan air pancut...hayal tengok air pancut atau nak tunjuk terer..
- RSM88 : menuju puncak...pada warga pendidik kat puncak alam ni buat lah duit banyak2..ilmu anugerahNya...cuma mengingatkan sesama umatNya.
- RSM88 : salam arep....awk smpai kt sini bnyk yg bleh buat grill....
Only registered users are allowed to post



LAMAN UTAMA







Mari-mari semua beli baju2 yg comel2 yg dibawa ...
yaaa tepat sekali program ini terbuka ntuk semu...
terbuka utk org luar ke....?
Salam, saya telahpun membuat tinjauan kerja&...
Personally I feel lampu isyarat is just a short...